Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang

Tuesday, 29 March 2011

TIPS MENJADI MANUSIA YANG BERJAYA... :)

Setiap manusia inginkan kejayaan...bagi husna setiap manusia dapat mengecapi kejayaan jika diiringi dengan kejayaan...baiklah disini husna ada beberapa tips untuk menjadi manusia yang berjaya..semoga dengan tips ini dapat membantu anda semua supaya menjadi lebih baik..insyaALLAH...

1. Tentukan Visi Anda.
  • Tanpa visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
  • Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal
  • Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.
2Luangkan Masa Untuk Bertindak.
  • Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin.
  • Uruskan masa dengan bijak – buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah / berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
3. Konsisten dan Jangan Mudah Mengalah.
  • Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
  • Abraham Lincoln mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51.
  • Orang yang mudah mengalah kepada diri sendiri adalah orang yang tidak akan berjaya dan tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.
4. Tumpukan Perhatian Kepada Matlamat Anda.
  • Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan, masalah remeh temeh, dsb.
  • Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu; untuk berjaya, anda perlu sentiasa ingat yang anda mahu berjaya!
  • Selama 20 tahun, Rasulullah menumpukan perhatiannya kepada mengembangkan ajaran Islam walaupun dicerca dan dihina. Hari ini, terdapat lebih 1.5 billion umat Islam di serata dunia.
5. Percaya kepada Pertolongan Allah dan Usaha Sendiri.
  • Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumi-Nya, bukan untuk menemui gagal.
  • Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Allah s.w.t.
  • Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa telah membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

Manusia yang bijak adalah manusia yang mengaku akan kesilapannya dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan bukanlah sesuatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sesebuah kejayaan.Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan diri anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
    KEJAYAAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN.....:)

    No comments:

    Post a Comment